Tuesday, June 7, 2011

tak larat nak angkat

"...saya nak mintak maaf atas semua salah saya dekat jiha. saya ada buat jiha sakit hati. saya tak fikir perasaan jiha. kosong, kosong ea...?"

macam salam hari raya pulak.

JIHA. nurul najihah binti...binti...

Aku tak ingat nama bapak dia. err...allahyarham bapak dia. Masa aku sekolah asrama dulu, adik Jiha ni pernah nak menyuarakan dekat aku yang dia berhasrat nak jadikan aku sebagai kakak angkat dia. Bukan cakap depan2 la. Bagi surat. Masa zaman aku dulu, henset ni budak sekolah mana mampu lagi nak ada. Kalau pun sekarang budak sekolah ada henset tu, hasil ‘merompak’ mak abah. Aku ingat lagi masa dekat dalam kedai henset, budak perempuan nak mak dia belikan sebuah henset.

“yang ini tak mahu ke, dik?”

“tak nak, nak yang itu”

Mak budak tu diam. Kalau diam untuk mak2 orang ni tandanya tak setuju. Heh? Betul ke? Tapi aku tak rasa budak perempuan tu tahu kenapa mak dia diam. Atau dia buat2 tak tahu. Baiklah, sudah lari tajuk.

Surat, demi surat aku dapat dari adik tu. Kad pun ada. Macam2 jenis ada. Ada yang warna warni. Ada yang tabur bedak. Nak bagi wangi katakan. Masa tu, pelajar aspuri(asrama puteri) semua nak tunjuk hebat siapa boleh reka kad @ surat yang paling lawa sekali. Kalau dapat reka paling lawa, maka dia akan menjadi perhatian yang cambest dari kakak2 senior. Junior pun ada. Aku pun terpengaruh dengan hasutan tu. Sesungguhnya hasutan tu menyusahkan aku, tahu?

“…boleh tak buatkan kad untuk akak…?yang lawa2 tau.”

Berbalik dekat surat adik Jiha. Akhirnya aku dapat surat yang menyatakan hasrat dia. Yang sebelum2 ni nak umpan dulu agaknya. Aku tak suka terikat hubungan dengan sesiapa. Jadi aku balas dekat dia….

“…kenapa nak jadikan saya sebagai kakak angkat jiha? Bagi 10 sebab. Sebab yang sama tak mahu ye…”

Haha. Poyo gila masa tu. Saja je aku tanya. Aku memang tak mahu terima pun. Aku tak tahu apa yang best pasal aku ni sampai dia nak dekat aku. Sebab tu aku tanya dia macam tu. Aku tak ingat berapa jawapan yang dia bagi. Tapi tak cukup sepuluh. Jawapan yang aku ingat, dia tulis aku ni baik. Aku suka kucing, dia suka kucing. Aku tak macam senior2 yang lain.

Jawapan yang aku tak suka dari dia. Dari siapa2 pun yang tak kenal aku lagi tapi cakap aku ni umpama malaikat. Kebaikan aku sangat2 dipuja. Itu sebab lain aku tolak dia. Tapi dia masih lagi bagi surat & kad dekat aku. Terdesak sangat agaknya. Orang lain ada, kau pun nak jugak. Aku pun gatal pergi balas. Saja nak main2. Jahatnya aku.

Untuk meneruskan lagi kejahatan aku, aku berbaik2 dengan adik yang sama batch dengan dia. Sengaja mesra2. Sengaja bagi dia sakit hati depan dia. Haha. Baru kau tahu bertapa jahatnya aku. Tapi yang aku tak nak pun jadi jugak. Adik lagi seorang tu anggap aku ni angkat dia pulak. Eh? Bila masa kita declare? Tiap2 malam sebelum tidur, nak jumpa. Itu satu kebiasaan bagi yang berangkat2 ni. Luar biasa untuk aku. Aku pun tak tahu apa motif jumpa sebelum tidur. Bukan kau duduk rumah kau, aku duduk rumah aku. Haishh. Kena ingat tarikh2 tertentu. Nak tidur sekatil. Kalau rapat dengan orang lain, jeles. Belum lagi cerita yang bukan2 pasal adik kakak angkat ni. Pelik betul. Diaorang ni dah serong agaknya. Akhirnya, aku pun cuba jauhkan diri dari adik lagi seorang tu. Pelan2.

Lama2 aku rasa bersalah pulak dekat adik Jiha tu. Perasaan tu muncul bila nak dekat exam. Haha. Masa tu aku PMR. Dekat asrama akan ada satu hari tu untuk buat majlis bermaaf maafan tanpa makan minum. Aspuri sahaja. Tak bercampur dengan aspura. Bila aku pergi jumpa dia, dia terkejut. Bila aku cakap aku mintak maaf, dia menangis. Lepas tu lari. Pulak. Aku mintak maaf, dia lari. Tak balas sepatah pun. Esoknya aku dapat kad terakhir dari jiha. Masih lagi cakap aku ni baik. Tak faham betul aku.

Aku dah rasa macam cerita ni lain macam. =.=”

Hargai orang yang ada disekeliling.

Aku masih lagi belajar yang itu. Macam mana pulak kalau pelajar aspura berangkat2 ni, heh?

7 comments:

cikmegipama said...

hehe.. kesian dak jiha tuh. die takde akak kot. tu yg nak sangat tu.

Zinedine Zaiddin said...

kalau pelajar lelaki, macam tak wujud term adik angkat abang angkat ni...melainkan diorg gay.

But bonding between big bro and lil bro tu biasa. Contohnya kalau time kena denda ramai2 dia buat2 panggil junior yg dia sayang mcm adik dia utk iron baju ke..buat megi utk dia ke. So tak kena denda..hahaha

ch0mbi said...

cikmegipama
>>kakak beliau sama intake dengan aku k0t... -_-"

Zinedine Zaiddin
>>haha...macam tu kisahnya.tapi sekolah aku dulu macam ade je berangkat2 ni kat kalangan pelajar lelaki, ('x')

Anonymous said...

keh3...padan~~

wat cm kite je, de org dh berniat tu ko buat2 la cm de conversation cmni "adik angkat? ceh...ade adik pn x terjage nk ade adik angkat"

ckp kuat2 pas2 bg beliau dengar, kmpom x terangkat pnye r.....xperimen dh disahihkan..hih

ch0mbi said...

c3keniT
>>...kejamnya. maafkan saya. saya ni hati baik. keh3..,

Anonymous said...

Eleeeeehh......

http://bilaotaktepu.blogspot.com/

ch0mbi said...

c3keniT
>>..mak aih...jelesi ke?mieheheh..,