Thursday, December 2, 2010

air susu air tuba

memang macam siot je semalam. aku kena sabotaj dengan ahli persatuan. aku tak sangka diorang buat macam tu dekat aku. sedih. sangat2 sedih. air susu aku bagi, diorang balas dengan tuba. air susu la aku bagi sebab aku tak minum susu. tapi diorang balas pulak dengan air tuba. terkesot hati aku. sob3...

kalau balas air susu boleh jugak aku buat bersiram. kulit halus dan mulus gitu.

pening kepala aku. mabuk pun ada. penangan memang sangat2 chillaka. puas aku sental untuk hilangkan kesan2 buruk tu. gagal! mimpi buruk malam tadi. aroma air tuba... buat aku nak termuntah. jadah betul. diorang buat aku tertipu. diorang memang pandai berlakon. cis. kenapa aku tak pernah sedar yang selama waktu tu diorang sebenarnya berpura2 je? aku tak mau tipu la... aku sedar. sikit. tapi aku tak mahu berburuk prasangka dengan ahli2 persatuan ni. aku ni baik. tanya lah siapa2 pun. mesti cakap aku ni baik. aku pun malu2 kambing atas pengakuan tu.

ternyata hidangan makan malam ahli persatuan semacam nak perangkap aku. aku tak nafikan. memang sedap. syiox. tapi dalam diam2 diorang dah merancang agenda yang besar untuk aku. menu malam tu; blackberry ice tea, nasi minyak hujan sejuk dengan roti puding unta. aku takkan lupa sampai bila2. aku harap diorang pun takkan lupa atas apa yang diorang dah buat dekat aku ni sampai bila2.

ada dialog2 jiwang yang buat aku sebak sebenarnya...

"kenapa hang pakai baju ni? macam nak keluar je"

"sejuk la..."

aku tahu ahli persatuan ambil berat pasal diri aku sebenarnya(sebenarnya).
...ada lagi,

"...wieyh.., meh tolong aku ni. aku tak ada kawan."

"jom..."

saat aku nak tolong tu, ahli persatuan berdiri jauh2 dari aku. ape ke heyl...? tapi macam aku cakap tadi la, aku tak mahu berprasangka buruk. aku pun menurut perintah. dalam ketulusan aku nak mula jalankan tugas, di situlah bermulanya aku telah disabotaj. aku telah ditikam belakang. bukan tikam belakang, disiram belakang. disiram dengan air tuba. aku terkedu. aku terkesima. tak mampu nak kata apa2.

tapi dalam hati aku... "wut da..."

sesaat sebelum kejadian genting tu, aku sedar ahli persatuan aku semacam menghayunkan sumthin. tak boleh nak berganjak ke mana2. aku telah dihalang oleh ahli persatuan. masa itulah aku disiram dari belakang kerana membelakangkan ahli persatuan tu. ada mangsa lagi malang dari aku. mangsa telah diseret. mangsa cuba meronta2. tapi apakan daya. saiz ahli persatuan besar sikit dari mangsa. tenaga besar sikit dari mangsa. mangsa disiram depan.

lantai licin. aroma menusuk ke hidung terus ke otak. tapi aku tak faham kenapa diorang yang terlebih over menunjukkan tindak balas dari aroma tersebut. bertempiaran lari. diorang ke @ aku yang kena ni? musykil.

aku tak mampu nak lari mintak 'tolong'. akhirnya diorang menyerah; 'paksa' dan 'rela'. jelaskan apa yang terjadi. dari maklumat penting yang aku dapat,

>> air tuba = air + majerin + belacan + budu

hadiah ikhlas dari ahli persatuan untuk tarikh selamat aku.

aku mesti akan rindukan saat2 macam ni.
terima kasih, ahli persatuan.
aku harap diorang 'menyesal!'.

6 comments:

Anonymous said...

Nice posting. Terima kasih

ch0mbi wan ken0bi said...

an0
>>...oit,ang lak yg tima kaseh kt aku.same2...h0ho,
~tima kaseh..,

>_<"nyit2

Frodo Baggins said...

hahaha bday lu ke??
ingatkan mende ... keh3x
semoga pnjang umo

ch0mbi wan ken0bi said...

frodo
>>...eheh..,aku pn ingtkn mende yg di0rg wt kt aku.ngeh~
~tima kaseh.

>_<"nyit2

Abang Jonni said...

lorrrrrr...

ch0mbi wan ken0bi said...

jonni
>>...keh3..,