Saturday, January 29, 2011

idaman ku selalu

pada 1 hari aku dengan s0rang ahli persatuan nak blah dari al0r setar ke teluk intan. ke rumah manis rumah aku. tapi rumah manis rumah aku bukan dekat teluk intan. dekat bukan teluk intan. sampai je shahab perdana, aku terus pergi ke kaunter tiket. dekat situ cume ade 1 je bas pergi ke teluk intan. bas apa? bas lu pikirlah sendiri.

"bang...bas ke teluk intan jam 3 ada tak?"

"ada. berapa orang?"

"2 orang"

tiket dah dapat. makan tak dapat lagi. kr00oouukk....~
jam dah 1430. sempat ke? aku buat muka berkerut2 dekat ahli persatuan. dia pun balas balik macam tu. aku angkat kening sebelah kanan, dia pun angkat. aku angkat kening sebelah kiri, dia pun angkat... dua2 belah. yes~ aku menang. tapi kitorang buat keputusan sama2. soru time!

pergi kedai makan. letak beg. ambik nasi+lauk. order air sirap limau. jam da 1445. lagi 15 minit. dah macam melawan fitrah kitorang pulak yang selama ni makan paling sekejap 30minit, nasi + lauk paling sikit untuk s0rang makan. makan dalam masa 10minit. + minum air. + bayar lauk. + cuci tangan. makanan untuk hari tu, separuh pinggan. memang sikit bagi kitorang tapi time is running out.

"alhamdulillah..."

angkat beg. angkat kaki. turun bawah bas dah sampai. lepas makan terus naik bas. waaaa... menari2 ikan keli dalam perut aku dengan ulam2. nasi2 pulak sebagai penari latar nanti. tapi aku sempat lagi beli hirisan buah mangga. nyum3.., makan tetap makan.

naik bas. cari tempat duduk. 10c dengan 10d. jalan dan terus berjalan. memang syi0x wa cakap tempat tu. betul2 atas tayar belakang. ni bukan sekadar tarian biasa yang akan berlaku. aku pun tak tahu tarian apa.

di awal perjalanan, lancar dan lembut. cuma goyang2 sikit. benda basic je tu. aku dapat kerusi malas. langsung tak boleh ejas. aku tahu diorang nak aku tidur. siapa2pun yang dapat duduk kat kerusi tu kena tidur. tapi aku tak nak. aku degil. aku nak menikmati hirisan mangga tadi. disebabkan aku ni degil, sakit belakang aku. tapi aku muda lagi. percayalah...

macam2 pemandangan aku nampak. luar bas dah banyak, dalam bas pun banyak. melambung2 semua. seseungguhnya kedegilan aku ni bbaloi. aku dapat rasakan yg hati penumpang semua tak tenang. gusar. cuba bayangkan, nak kata macam roller coaster pun bukan. nak kata macam kuda kepang pun bukan.

sampai kat Ipoh, bas berhenti. ada 3, 4 orang penumpang yg turun. 3+4...? kiralah sendiri. saat diorang blah, aku perhatikan penumpang lain. tak ada yg bergerak. ni lah masanya. aku terus ambil tempat yg dah dikosongkan tu. harap2 tak ada penumpang lain repot kat dreba atas kesalahan mengambil tempat secara haram. bukan ditempah atas nama aku. ah! pedulikan itu semua. yg aku tahu, ini masa yg aku tunggu2...

zzZZzz...~
Justify Full

*aku telah selamat sampai kat teluk intan dalam jam 2130.
dharapkan kejadian seperti tu takkan berulang lagi dekat aku. orang lain tak apa.

2 comments:

c3keniT said...

Huy00oo....tabahnyer~~

ch0mbi wan ken0bi said...

c3keniT
>>...tbaek dsitu,
keh3..,

nyit2>_<"