Thursday, February 3, 2011

hitam putih

si anak menguis2 nasi di dalam pinggan kaca dihadapannya. berdetak detik bunyi pinggan berlaga dengan lantai simen tanpa alas. nasi dijamah sedikit demi sedikit. seakan tiada selera tetapi perutnya acap kali membingit. meronta2. fikirannya jauh melayang. sejarah lampaunya. sejarah yg bakal diterbitkan. adakah dia ditakdirkan seperti itu? hanya yg Satu sahaja mengetahui.

kadangkala terasa diri malang. kadangkala terasa diri bertuah. bila perasaan bercampur baur, tidak tahu mana mahu luahkan. bila perasaan tidak terisi, semua tidak ada guna lagi. banyak sudah dibazirkan. mahu menyesal?

"cabaran itu banyak tetapi peluang hanya datang sekali"

satu ukiran akan terlakar dibibir pabila melihat kejayaan. satu ukiran yg lain juga akan terlakar dibibir pabila melihat kegagalan. menangis. meratap. siapa mampu tolong? kembalikan kekuatan. cari semula apa yg hilang. tepuk dada tanya selera. jika selera kata mahu ,bagaimana? jika selera kata tidak mahu, bagaimana? jika selera kata tidak tahu? kadangkala terasa diperbodohkan oleh diri sendiri. air mata melimpah mahukannya, tetapi hati dirantai. pergi jahanam! dada tidak mampu tanggung lagi. hidup ini amat bahagia bila sentiasa disinari. tetapi berjalan dalam kegelapan buat kita sentiasa menghargai sinaran itu. ah! sekejap cakap begitu. sekejap cakap begini. tidak teguhkah pendirian? itu kelemahan manusia.

hidup ini singkat. capai apa saja selagi mampu.

waktu dulu, bonda selalu kata ayam rangka itu ayam Bosnia. makan dengan sebaik2nya. jangan dibazirkan. setahun kemudian baru aku sedar kenapa ayam Bosnia.


4 comments:

Anonymous said...

kucing kat bawah...

.... kucing aku baru mati tadi.

ch0mbi said...

matahari
>>...aku turut simpati.moga memori kalian kekal selamanya. [tepuk2 belakang]

>_<"nyit2

Anonymous said...

haha. >>________<<

teringat dengan initial kat atas?

ch0mbi said...

matahari
>>...harus r.big hugs.heheh,
yg ni lak... >_<"nyit2
keh3.,