Monday, April 18, 2011

bukan hak aku dan kau

anak tudung diletakkan di sejadah. buka almari. mencari-cari kain yang cantik untuk disarungkan ke tubuh. bersiap ala kadar. kemas dan terlindung. tiba saat jejakkan kaki ke tanah subur. air menitik2 dari hujung daun.

beberapa jam lagi mahu meniti senja. langkah mengikut perjanjian. sampai di satu sudut lalu berhenti. suara2 sebaya sangat riuh tapi hati ini tersenyum. pesta yang menyenangkan.

"trooot...."

satu nada sangat kecewa di satu corong. tanah sudah menjadi hak orang. bukan tanah kami. harus mencari tanah lain di seberang. mata melihat setiap kejadian. indah hati walau sekadar melihat. baiknya jika dapat merasa.

satu persatu berkumpul. bergerak sejalan ke seberang. Tuhan mendamaikan suasana petang. kain di badan langsung kering.

sesampai di seberang kaki tiga mahu dipacakkan. lensa sudah bersedia. air di atas menitik. mengeluh. "hidup ini adalah dugaan yang tak disangka". kain di badan langsung basah. satu teduhan kecil sangat bernasib baik sekalipun sentuhan yang berwaspada.

air berhenti menitik. cerah yang tidak terang. semuanya disimpan. mungkin hari lain.

cerah yang berselang-selikan hujan.

4 comments:

NAJ HEBAT said...

hidup mmg banyak dugaan. Tapi jgn anggap dugaan tu satu yg malang. Dugaan jug atak berbau. Datang tak disangka.

ch0mbi said...

naj hebat
>>dugaan ni buat rasa menyesal kadang2,

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dugaan dtg tanpa di duga namun selepasnya pasti ada hikmah yang berharga

Anonymous said...

Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!