Sunday, May 22, 2011

jangan biarkan diri anda...


“…semasa di sekolah menengah, aku selalu bermimpi perkara ini. Hampir setiap hari. Jatuh dari tangga. Bukan jatuh tergolek2, tapi jatuh di tepi tangga dari anak tangga yang paling atas. Semacam ada orang menolak. Tapi dalam mimpi tu, tiada siapa. Cuma diri aku. Yang menjadi misteri kala ini, kejadian jatuh berlaku di rumah nendaku. Tangga tersebut berada di tengah2 di dalam rumah. Tangga tiada penghadang.

Setiap kali mimpi menjelma,aku sudah tahu kesudahannya. Aku cuba sedaya upaya tidak pergi ke tangga itu, tapi seperti ada yang menggerakkan tubuhku ke sana. Aku cuba sedaya upaya menahan diri dari dijatuhkan, tapi seperti ada yang terus memaksa tubuhku.

Aku kurang pasti bila masa yang tepat mimpi ini bermula. Mungkin tahun 2001, mungkin tahun 2002. Mungkin di tingkatan 2, mungkin di tingkatan 3. Mimpi tersebut sudah hampir 3 tahun tidak menjelma. Sejak tangga tersebut dipindahkan. Bukan lagi di tengah2. Sejak nendaku berpindah rumah. Kini nendaku sihat walafiat di rumah baru.

Sehingga kini, ibuku tiada tahu, bapaku juga tiada tahu. “…mereka harus tahu…”. Akanku kisahkan, kawan. Kini, aku cuma berharap tiada lagi selepas ini. Tapi aku masih lagi ingin mengetahui disebaliknya…”


*identiti terpaksa dirahsiakan demi keamanan subjek.

Mak aih…mimpi berulang. Mimpi adalah mainan syaitan. Ya, kita semua tahu. Tapi mimpi berulang? Aku jenis bukan percaya dengan benda2 macam ni. Tapi, sekadar pengetahuan untuk aku. Setakat yang aku pernah baca dari buku @ mana2 sumber, mimpi jatuh dari tempat tinggi ada maksudnya. Maksudnya kena ‘ganggu’. Anda semua fahamkan siapa yang ganggu? Siapa tak faham, sila main jauh2. Syyuuhhhh…..~

Aku ada ceritakan mimpi tu dekat senior aku. Aku letak nama senior tu, kak K. Kak K cakap ada ustaz ni pernah beritahu dia, kalau mimpi jatuh dari tempat tinggi bermaksud dia sedang diganggu. Samthin cuba try test masuk ke dalam tubuh dia. Samada samthin tu nak berkawan @ nak ganggu. Wahhhh... bila dengar dari mulut orang memang betul2 rasa menakutkan. Bila baca, tak ada perasaan apa2. Meremang dol~ Berkawan tu bunyinya macam baik je, tapi masih lagi ngeri. Hew3~ Kak K cakap lagi…”…lagi2 kalau mimpi tu berulang2. Baik pergi tanya pendapat ustaz…”. Aku tak mahu diselubungi dengan misteri, lalu aku pun bertanya.

“Kalau mimpi tu jatuh dari tangga macam mana pulak, kak K? Bukan tinggi pun. Lepas tu dekat rumah nenek dia sendiri pulak tu.”

“Haaa…yang tu kak K tak tahu. Kena tanya yang lebih pakar. Kawan tu kena ceritakan mimpi tu dekat mak ayah dia macam mana pun. Mesti ada sesuatu. Kak K ada doa pelindung. Kak K dapat dari ustaz tu. Minggu depan Kak K mai, Kak K bawa.” Kak K membalas.

Dah nak masuk 2 bulan dah, Kak K tak bawa2 punnnn……….

6 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

kalau nak share share je =)

░♥si lampu neon♥░ said...

aku pun selalu mimpi terjatuh dari tempat tinggi..seolah2 bumi jatuh ke bawah..macam tu laa..

HEROICzero said...

dulu aku selalu juga mimpi. berulang. mimpi seseorang yg tidak jelas.

cerita pada along (kawan) , dia kata, sama ada 'orang itu' mahu mengusik, atau mahu berkawan. either way, tak baik.

bawa jumpa abah dia. sesi solat hajat seround dua, alhamdulillah dah tak ada.


pendapat aku, benda mcm ni, elok jangan dilenggahkan. bukan nak kata percaya pada benda2 ni, atau tahyul atau apa. cuma nya, better kita pastikan. kalau mimpi sekadar mimpi, pun tak apa. asalkan selesai. =)

ch0mbi said...

░♥si lampu neon♥░
>>...haa...aku tak tahu kenapa.h0ho~

HEROICzero
>>yep2..,aku rasa pun agak pelik mimpi beliau yg berulang2 kali tu.dekat rumah nenek sendiri pulak tu!tima kaseh untuk nasihat tu... :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sy pun pernah mengalami mimpi pelik yg berulang kali.. tp lama2 ia akan hilang

ch0mbi said...

THE LEKAT LEKIT STORY
>>...lama2 akan hilang. tapi kita tetap nak tahu apa sebenarnya, kan?

walaupun bukan mimpi aku, tapi aku pun nak tahu gak. wargh~