Saturday, June 18, 2011

POTO

Warghh…~ aku baru habis study forum phantomoftheopera.com. tak habis semua la…tak larat aku nak baca semua. (padahal aku kena study benda lain. 20hb ni ada examlah pulak. Wuuuwuuu~). Lepas je aku download filem Phantom of the Opera(2004),aku terus tengok. Lepas jam 2 – 3 pagi jugak rasanya. Aku teringat buku sastera Bahasa Inggeris tingkatan 2 dulu, lepas tu aku teringat ada filem ni. (Nasib baik web yang aku selalu download cerita tak kena blok.)

Okeh, aku nak buat ulasan filem tu. Ecewah~ ulasan la sangat,

Filem tu berdasarkan novel The Phantom of the Opera. Tapi tak semua karakter & scenes ada. Macam the Persian & Raoul terperangkap dalam The Mirror Room punya the Phantom a.k.a Erik.

Cerita ni bermula(ececececeh..) dengan satu bidaan dalam sebuah Rumah Opera Paris yang tak lagi digunakan. Seorang datuk dengan wheelchairnya, bersama seorang misi & seorang pemandu nak beli sebuah kotak muzik monyet. Dalam masa yang sama, seorang nenek pun berebut dengan cara yang sopan nak jugak kotak muzik tu. Aku tengok diorang saling jelling menjeling, mata bertentang mata. Nak flirt ke apa? Tak pe…abaikan.

Ini filem muzikal. Jadi kebanyakan ‘dialog’ diorang ni diluahkan dengan bernyanyi. Soprano pulak tu. Aku pun tersangat rajin pergi google skrip filem ni. Yelah, nak bagi faham apa benda yang diorang melalak2 tu. Keh3…

Dipendekkan cerita, aku nak tulis scenes yang buat aku terfikir2 sampai tengok 4 kali pun masih fikir lagi. Mana satu yang logik ni? Dengan bantuan kerajaan yang tak block laman web seberang laut gunung tanah besar sana, aku pun godek… baca… godek… baca… sampai naik juling mata aku. Tak apa, demi ke-konfius-an aku. Aku jumpa jawapan yang aku nak tapi semuanya berdasarkan teori & pendapat masing2. Benci betul bila cerita tu sengaja buat kita, penonton ni tertanya2. Kena tengok cerita tu berulang2 kali(tapi tak faham jugak.)

sumber

Scene ‘Don Juan Triumphant’ & ‘Point of No Return (PoNR)’

Dalam scene ni, Raoul berpakat dengan 2 orang pengurus Rumah Opera untuk perangkap Erik dengan bantuan polis; tembak Eric sekiranya terpaksa. Diorang ikut permintaan Erik yang mahukan ‘Don Juan Triumphant’ dimainkan. Raoul mintak Christine nyanyi untuk persembahan malam tu. Christine beritahu Raoul yang dia takut2 sangat2 yang Erik tak pasal2 akan bawa dia pergi. Tapi biasalah, tugas pakwe untuk tenangkan hati awek yang tengah gabra tu. Bila persembahan mula, Piangi yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Don Juan diterjah maut oleh Erik dibelakang tabir. Erik ambil alih peranan tu. Diorang pun mula nyanyi2. Christine mulanya tak sedar, lepas tu sedar yang nyanyi tu bukan Piangi, tapi si Erik. Raoul yang duduk dalam kotak nombor berapa entah pun perasan yang lelaki tu Erik. Lalalala… Christine mulanya diam, lepas tu beri tindak balas dekat Erik. Tindak balas baik punya. Kata takut. Ini yang aku konfius. Diorang naik tangga ke pentas yang bukan pentas sangat. Menari2. Nyanyi2. Tiba2, dengan tak pasal2 Christine tarik topeng muka Erik dan terserlahlah wajah Erik. Christine yang depan mata tak terkejut, penonton yang jauh2 tu pulak terkejut beruk tengok muka Erik yang Devil Face tu. Mata terang agaknya.

Kenapa Christine tarik topeng Erik? Ini persoalannya. Dari yang aku baca dekat forum tu, aku setuju dengan 2 pendapat. Christine nak sangat tengok muka ‘penuh’ dia punya Malaikat Muzik; Christine nak selamatkan Erik dari kena tembak oleh abang2 polis semua tu. Bila topeng kena tarik, pastinya Erik akan lari dari situ dan pastinya akan rompak Christine sekali dari Raoul. Aku tambah lagi; tak pun dia nak selamatkan diri dia dari kena tembak sekali. Mueheheh.., okeh, kalau dia nak selamatkan Erik mungkin atas dasar kemanusiaan. Tak sampai hati. Erik tu dia punya Malaikat Muzik. Tapi dia cakap dia takut dengan Erik. Tapi, tiap kali Erik muncul, Christine akan terdiam ternganga tengok si Erik. Pendapat aku, Christine jadi macam tu sebab dia terpukau dengan suara Erik yang bagi dia sangat bagi kesan dekat dia. Lagipun suara2 Erik yang jaga Christine lepas je Daddy Daae(abah Christine) passed away walaupun pada awalnya Christine ingat itu suara malaikat yang dikirim oleh abahnya untuk menjaganya. Sekalipun dia cakap yang dia takut dengan Erik, dia tetap akan pergi ke Erik bila Erik muncul.

I have come here,
hardly knowing
the reason why . . .
In my mind,
I've already
imagined our
bodies entwining
defenceless and silent -
and now I am
here with you:
no second thoughts,

Christine sebut ayat ni masa tengah nyanyi2 dengan Erik. Dari forum tu, diorang cakap yang Christine ni masih lagi budak bawah umur. 16 @ 17 tahun lagi. Sebab tu dia pun konfius bila jadi macam ni. Tak matang lagi… tapi dari ayat tu tahu yang Christine pun ehem2 dengan si Erik tu tapi tarikan Erik tak sama dengan Raoul.

…bersambung

Baru je habis men-download versi 1925 punya. Nak tengookk…

semua ini hanyalah pendapat aku semata2. tak ada kaitan dengan kebenaran disebalik filem.

2 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Cerita ni masa kena belajar dolu2 memang macam gampang tak paham..scene entah hape2. Bila dah besar ni tengok balik baru mengerti..hehehe

ch0mbi said...

Zinedine Zaiddin
>>...haha...samalah.tengok buku bergambar baru faham...hihihi..,