Saturday, July 23, 2011

POTO 2

ni sambungan POTO. okeh, aku dah agak faham cerita tu. itu pun lepas je tengok forum tu dan baca skrip. yelah, diaorang menyanyi. kalau bahasa melayu aku boleh tangkap lagi apa yang diaorang bebelkan.

pasal seorang datuk dan seorang nenek tu... datuk tu adalah Raoul dan nenek tu adalah Madame Giry. kalau tengok Raoul sangat tua berbanding Madame Giry yang sebenarnya lebih tua dari dia. mungkin hidup Raoul tak tenang sebab Christine, sebab tu dia nampak lebih tua. Madame Giry nampak kurang tua berbanding Raoul sebab amalan bedak sejuk tiap2 malam kot. keh3.., okeh. tak betul. jangan ambil serius. ambil berkat. mueheheh... mungkin hidup Madame Giry lepas tu lebih tenang lepas je opera tu tutup. mungkin... mungkin... petua untuk nampak muda jalani hidup dengan tenang kan? kan?

a collector's piece indeed

every detail exactly as she said

will you still play when all the rest of us are dead?

every detail exactly as she said - ini adalah scene kat bidaan tu. she merujuk kepada Christine. Siapa lagi kalau bukan Christine? Takkan Meg kot? nampaknya Christine ada ceritakan tentang kotak muzik monyet kat Raoul lepas je diorang kahwin. Christine beritahu tak kat Raoul yang kotak muzik tu kepunyaan Erik? dari riak muka Raoul yang sadis sepanjang scene tu, aku rasa Christine ada beritahu.

Raoul akhirnya dapat kotak muzik tu berbanding Madame Giry untuk diletakkan kat pusara Christine. kenapa Raoul dapatkan barang orang yang pernah dia belasah demi Christine dulu untuk Christine? aku rasa sebab itu adalah permintaan Christine sendiri. dapatkan kotak muzik monyet tu untuk dia. yelah, kalau akulah... aku takkan buang duit aku untuk dapatkan barang orang yang aku tak suka yang tak ada faedah untuk aku. lagi2 kalau barang tu ada cerita yang sangat tak best antara kitorang. Bagi Christine, kotak muzik monyet tu sangat memberi makna untuk dia.

sepanjang perjalanan Raoul ke pusara isterinya, dia sangat2 sedih. sedih sebab kenapa dia perlu lakukan perkara tu. sedih sebab dia tahu yang sebenarnya Christine nak Erik berbanding dia. haa... mana satu? ayook... pendapat aku; dua2. kenapa dua2? jeng3~

beralih kat Madame Giry pulak. kenapa Madame Giry pun nak dapatkan kotak muzik monyet yang tak ada apa2 makna untuk dia? Erik hidup lagi ke? Erik ada bersama2 dengan Madame Giry? permintaan Erik untuk dapatkan kotak muzik tu untuk dia? yang ini aku sendiri tak pasti. tapi pada aku, Madame Giry nak dapatkan kotak muzik tu atas permintaan Erik tapi tak pasti samada Erik duduk satu bumbung dengan Madame Giry atau tak. kenapa Madame Giry berikan kotak muzik tu kat Raoul? mungkin Madame Giry tahu yang kotak muzik tu adalah sangat penting untuk Raoul.

sampai je kat pusara Christine, Raoul letak kotak muzik tu di depan pusara tu. tak boleh blah masa tu. wargh~ kalau akulah, aku tak dapat terima hakikat. kenapa aku mesti lakukan tu...?! bertapa hancurnya... bertapa robeknya... bertapa peritnya, pedihnya hati aku. sob sob sob.

ayat2 berkasih2 orang; kalau dia bahagia dengan si dia, aku pun bahagia kerana dia bahagia. ah! semua tu bohong bagi aku. kau orang gembira ke kalau orang yang kau dah kau simpan dalam jantung dan hati kau hidup bahagia dengan orang lain? ye, kau suka bila dia gembira tapi kau tak bahagia sebenarnya. kau menangis kegembiraan kononnya tengok dia bahagia. Sendu kecelaruan sebenarnya. wah, emonya. dem.

lepas je letak kotak muzik tu, Raoul bertambah tenat sedihnya. kalau tunggu lama2 makin nazak pulak. Raoul pun nak blah tapi dia terpandang kat sesuatu. dia nampak sekuntum bunga ros merah yang diikat dengan reben satin berwarna hitam dengan sebentuk cincin kat sebelah pusara isterinya. bunga ros yang diikat dengan reben hitam tu adalah trademark Erik untuk Christine. cincin tu pulak cincin yang Raoul bagi kat Christine untuk pertunangan diaorang. lagilah bertambah sadis atuk tu. Raoul tengok sekeliling; kot2 Erik ada dekat2 dengan diaorang. yelah, Erik selalu je ada kat mana2 diaorang berada. lepas tu ditayangkan pulak kredit untuk nama pelakon dan staf2. habislah maksudnya...

cerita ni kalau baca dari versi asal memang ada kesesatan(forum tu cakap). aku pun tak habis lagi baca versi ori lagi true. macam the Persian tak ada dalam cerita ni. mungkin digantikan dengan kotak muzik monyet yang berkostum Persian tu. mungkin. sambungan cerita ni, Love Never Dies lagi timbul macam2 kontroversi; tapi teater muzikal saja. jalan cerita yang sangat best bagi siapa2 yang nakkan Christine dengan Erik bersama2 tapi sangat jauh terpesong dari versi sebenar. jadi banyak kritikan yang diaorang dapat.

yang aku bebel ni bukan keseluruhan cerita The Phantom of the Opera(2004). nanti kalau aku rajin, aku bebel scene yang lain. zaman riang remaja diaorang. Tata.

3 comments:

Bidadari Syurga said...

menarik minat nie saya tak pernah baca phantom of opera. nak kena baca dulu baru faham nie....

c3keniT said...

cter klasik...tabah giller ko bg sinopsis POTO ni

gud~~~


http://bilaotaktepu.blogspot.com/

ch0mbi said...

Bidadari Syurga
>>bacalah dulu lepas tu tengok semua filem2 POTO. sure pening. huhehuheh.., :p

c3keniT
>>cerita klasik...filem tak klasik. memang tabah gilerrr. tengok sampai 5, 6 kali baru faham hampir keseluruhan.huuu...~