Friday, February 24, 2012

Baiklah!

"Semester ni harus yang terakhir!"

Itu yang aku janji pada diri aku. 5 tahun aku dekat sini. Yang belajar medic pun dah habis kot. "Ada lagi dekat sini?" Aku dah lali dah dengan soalan macam tu. Penat dah aku nak menjawab. Beban 2 tahun yang pertama aku dekat sini, yang diorang tak tahu. Ah! Biarlah. Alhamdulillah, PMS sem lepas lulus. Tapi PMK aku bukanlah satu yang boleh dibanggakan. Tapi, tak apa. Jangan putus asa. Yoshi! Aku nak kemahiran aku melebihi PMK aku. Itu satu2nya cara aku nak survive dalam bidang ni. Aku cuba asah balik kemahiran yang aku dah lama tak 'usik'. Dan untuk pertama kalinya... Jeng jeng jeng ~~

Ni salah satu yang aku banggakan satu masa dulu dan sampai sekarang. (Wahh...malunya tunjuk kat orang. =.=")Aku tak ingat bila aku buat ni, tapi yang aku pasti masa aku sekolah menengah dulu. Walaupun hanya hitam putih, tapi dengan tak ada asas, hanya ada komik2 sebagai panduan memang aku rasa seronok masa tu. Akhirnya~ Tapi sekarang aku dah tak aktif, tapi aku cuba aktif balik. Apa yang aku belajar sekarang ni luas, tak ada pengkhususan. Jadi aku tak banyak masa nak tenyeh2, sebab banyak benda aku kena kuasai. Bila aku cuba pegang pensil balik baru2 ni, keras. Kejang jari2 aku. Tak ada masa? "Alasan je semua tu!"Banyak kali dah aku kena herdik macam tu dari kawan aku. My, my...

2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya dulu suka menulis cerpen & puisi sekarang dah berkarat rasanya kalau nak menulis balik. apapun kamu berbakat..

ch0mbi said...

THE LEKAT LEKIT STORY
h0oo... saye pun suka menulis dulu. tapi dah lama tinggal. hew3. >_<"