Saturday, June 23, 2012

Tanya sama pokok

Tiga hari aku berkampung dekat rumah adek manisku. Sengaja lepak2 sana. Wumah bawu~ (waklu). Kalau dikira-kira rumah masakini rm250 tu memang murah la. Lampu bilik utama, kedua, ketiga, tandas, dan lampu belakang rosak. Pagar terjongket. Tingkap pecah. Memang ngam lah dengan harga. Tak apa, bulan tujuh nanti technician datang. Yakni abah aku. Muahaha.

Satu tilam, satu rak, satu meja, berbiji2 pinggan mangkuk cawan, satu senduk, satu sudu, tiga biji baldi... Itu semua adalah 'harta' beliau, kata mak aku walaupun kebenarannya itu semua adalah hasil rompakan dari aku; kekanda beliau yang baik sangat. Aku pulak yang tak ada harta. Itu je yang ada? Tak apa, mak...sikit2.  Minggu depan dia nak datang serang lagi. Nak rompak periuk nasi, belanga dan lain2.

Nak makan kena tunggu dia balik bawak makan2. Ye la, nak ketung ketang pun dapur tak ada lagi. Nak pergi mencekik dekat luar, jauh dari pekan. Nak aku jalan kaki mahunya aku pengsan tepi jalan kelaparan. Kerja jam 1100, habis kerja jam 2100. Masa dia nak balik lagi, kena susun jadual untuk esok, kemas bahagian masing2, bukak pagar, bukak pintu.  Bukan merungut. Aku cuma terfikir, macam mana turn aku pulak nanti?

Kerja F&B apalah sangat hasil yang dapat. Itupun gagah lagi nak sewa rumah duduk sorang2. Memang gagah duduk sorang2. Mak pun macam ragu2. Boleh ke? Tolak sewa tinggal berapa? Nak makan minum, minyak kereta, topap...topap tu aku tambah sendiri. Alah, mak. Dia makan free. Ye la...bla...bla...bla...Aku pun tak tahu macam mana nak jawab sebab bukan aku yang kerja dan sewa. Aku sendiri pun ragu2. Bila aku tanya itu ini, adek manis aku bagi balik kat aku macam ni,

"Nanti kena sorang2 jugak."

Aku dah malas nak lawan pedang dah. Cuma yang tinggal keyakinan aku je nak tengok dia hidup elok2. Tak kerja hebat2 tak apa, tapi hidup tu kena baik, elok. Cuma aku terfikir, kenapa dia tolak peluang baik yang dia boleh dapat.

"Masa belajar pun susah, apatah lagi kerja"

Software Engineer. Memang susah bagi yang tak ada hati langsung nak serapkan dalam hati. Macam aku cakap tadi, dia ni memang gagah. Ye la, pilihan pertama Usuluddin, kedua Syariah tapi dapat akhir, Teknologi Maklumat.  Macam aku jugak la. Belajar benda yang dia tak nak tapi tetap boleh teruskan. Siap buat sistem lagi untuk bos dia sebelum ni. Dapat rm5k tu. Wuyooo. Buat sorang2 pulak tu. Wuyoo. Aku pun tanyalah, kenapa tak nak teruskan? Jawapan seperti di atas. Mak pun cuma geleng2 kepala je. Aku angguk2. Aku faham situasi tu. Macam aku, cuma aku tak segagah dia.  Dok menghadap buku lagi. Wuwuwu~ Sebab tu aku tak nak belajar benda yang aku tahu aku akan sia2kan satu hari nanti. Aku tak kata keputusan yang dia ambik tu salah. Dia ada sebab sendiri untuk teruskan. Aku ada sebab sendiri untuk berhenti dan pilih yang lain. 

Jam 1545 naik bas Trans, nak balik ke syurgaku. Dari dalam bas, aku nampak sorang uncle India ni. Keluarkan dompet, bukak zip dompet. Tenyeh2 dompet dia...keluarlah sekeping rm1. Tenyeh lagi. Keluarlah seposen, lima posen. Tenyeh lagi. Tak keluar dah.. Uncle tu senyum sorang2. Senyum sebab apa? Sebab itu je yang ada atau sebab masih ada lagi? Aku macam mana nanti?

*Hari ni ada entri terbaru pujaan hatiku. yey~ Kebetulan. Jadi lagi semangat nak taip. Wuhu.

No comments: