Friday, October 12, 2012

6th 7th

Keluar bilik sewa. Pergi ke bilik sewa baru. Hari tu keluar seratus seratus. Keluar lagi empat kali seratus. Kemas barang kemas bilik untuk pindah ke bilik baru. Siap kemas. Jalan! Tersilap jalan. Faham2 je lah kalau salah jalan dekat lebuhraya. Dahlah tak berapa tahu sangat jalan2 situ. Sampai bilik baru, tuan rumah tak ada. Salah sendiri sebab tak bagitahu sampai lewat. Siap angkat2 semua barang dalam kereta, pergi balik bilik lama. Tidur semalam kat situ dulu, ada barang lagi sikit belum angkat. Esok, Ahad bos suruh datang pejabat pulak. Badan dah tak larat, muka pun naik merah2. Nampak Tesco sebelah kiri, Giant sebelah kanan. Ikutkan hati nak pergi Giant, tapi Tesco masuk simpang depan tu je. Pergilah Tesco, dengan tak mandi, berpeluh2 angkat barang. Niat hati nak cari meja. Pergi cucuk dulu. Dapat. Meja Jepun. OKlah. Sapu tangan, bantal, vitagen, coco crunch, bakul sampah, plastik, cotton buds. RM34++

Yeah. yeah. Boleh balik bilik, cari makan. Salah jalan lagi. Dia tanya aku, aku tanya dia balik. Salah sampai Sungai Buloh pulak tu. Mana nak pusing Petaling Jaya balik? Perjalanan hari ni memang jauh. Petang tadi nak pergi Dato Harun pusing sampai Damansara Utama sana. Salah akulah yang tengok. Guna pun sesat. Dah sampai flat bilik lama. Kedai penuh anak bujang je. Keputusannya, beli burger. Naik bilik. Tengok Avangers, makan burger. Burger habis, aku pun ambik kona. Tak larat dah wei. Dia kejutkan aku, suruh tarik baju. "Dah banyak." Aku pun tarik. Dia pun sapu. Aku pun tidur. Malas nak fikir. Aku redho.

Benda pertama aku buat lepas bangun pagi aku ambik cermin. Mak aih. Memang banyak. Ambik tuala, pergi debush2. Setelkan yang belum setel. Blah blah blah. Dah setel. Pagi ni aku drive. Dia cari jalan. Aku pandu dengan yakin sebab dah tahu jalan. Dia cakap pergi kiri. Aku pergi dari tengah ke kiri. "Kiri! Kiri!" Ok, aku dah dalam laluan kiri. "Kiri! Kiri!" Aku tengok dia. "Masuk simpang ke kirilah!" Terus aku nampak simpang sebelah kiri yang makin kebelakang. Aih, sampaikan maklumat tak lengkap. Tukar pemandu. Nasib baik ada pusingan U.

Bawa masuk barang ke bilik. Masa untuk pergi pejabat. Nak pergi pejabat, nak pergi klinik. Klinik 1 Malaysia buka ke hari ni? Klinik swasta mahal. Singgah Stesen BHP. Pergi cucuk. Dia cucuk2 aku. Aku bagi walau pada awalnya dia yang tak bagi aku keluarkan duit tu. Aku tak kisah pun. SMS bos kedua aku. Aku datang lewat. Tuan rumah ada kata kawasan tu ada klinik 1 Malaysia. Pergi singgah. Ada pasar 'siang'. Nampak papan Klinik 1 Malaysia. Alhamdulillah, buka.

"Kenapa, kak?" Amboi, mentang2 tahu umur aku. "Chicken pox, kot.""Chicken pox kot?" Blah blah blah."MC?" Senyum pulak doktor ni.

Kesian sungguh. Tak dapat MC. Dia tanya, kalau tak dapat MC pun takkan nak datang jugak. Tak dapat MC, dapat kasut sepasang pun ok jugak. Sebelum pergi pejabat, pergi mencekik dulu. "Tak lalu, yeaaaaa..." Padahal aku kena sakit ni dari dia jugak. Pui~ Kawan pejabat mesej. "Hi, dear. R u ok? gt fever?" Aku pun balas macam orang sakit. Disebabkan tak dapat MC, aku pergi pejabat. Bagi bos tengok. Bos dah nampak. "Tak pe, tak pe. U balik, rest." "Tapi bos, saya tak dapat MC" "Tak pe, tak pe. U balik. Go back & rest. Until U fully recovered, then U come back". Gaya macam menghalau. Tak apa. Aku faham. Dia kena lagilah dari bos dia. "Please go home immediately!"

Dia nak hantar aku balik memang jauhlah. Tak apalah, aku balik sendiri. Mintak dia hantar aku dekat LRT je. Kalau dia hantar aku balik, aku kena bagi duit minyak. Token dengan tiket lagi murah.

Sampai di sini sajalah untuk diari dua hari aku. Padahal panjang lagi. Dekat LRT baru jam 1230.

No comments: