Monday, January 21, 2013

Hati, berhati-hati

Hati sayu.
Hati pilu.
Siapa yang ambil tahu?
Siapa yang benar-benar ambil tahu?
Ketika berada persekitaran ini
Seperti mereka
Mereka
Mereka sebelumnya
Mengharapkan kekuatan
Ketika tidak berdaya

Hati mudah menangis
Patutkah menangis?
Penggoyah semangat
Atau amarah itu kekuatan?
'Teruskan ketawa, terlalu mudah untuk menangis'
Pesan teman
Ketawa memenuhkan suasana
Bukan penghilang duka

Tiada difikiran diminta disanjungi
Bukan harta semata-mata
Cuma penghormatan bersama

Kau yang ku daulatkan
Terobek setia kerana bicara
Kerana gaya
Hati ini merintih
Adakah penyembuhnya?
Titisan demi titisan
Bukan kerana aku diperlakukan
Kerana dia melakukan

Ada lemah
Ada gagah
Ada betul
Ada salah
Ada penerimaan
Ada pemberian
Ada baik
Ada buruk
Ada penentang
Ada pejuang
Kita mengalami
Mustahil tidak memahami

Meminta keadilan
Memberi penjelasan
Meminta penghormatan
Seperti kamu
Salahkah?

Celaru

Jangan bersedih
Ada sesuatu untukmu di esok hari
Pesan teman

No comments: