Saturday, April 20, 2013

Membebel

"Don't worry about the job. Mr. S will call you next Tuesday."

Aku pun tunggu sampai next Tuesday, another Tuesday, another Tuesday, tapi Encik S masih lagi tak telefon. Kenapa aku sendiri tak telefon? Yelah, sebelum diorang bagi jawapan, seperti di atas, aku dah telefon dua kali. Sebelum aku habiskan internship aku, tiap2 minggu diorang tanya;

"Do you wish to continue with this organization? Permanent or temporary, it doesn't matter.

Mula2 aku jawab tak. Yelah, IT position. Helo, saya budak Multimedia. Bukan IT.

"Kitorang akan bagi training, kalau u nak."

Minta maaf Cik S, saya bukan bermaksud sombong tak nak terima apa-apa latihan, tapi saya lebih suka kerja yang saya suka. Starting sikit pun tak apa. Lama2 jadi bukit. Saya tak nak jadi macam orang lain yang balik kerja je nak emosi tak tentu pasal. Orang lain pun kerja juga, penat juga. Balik bilik kena fikir projek praktikal lagi. Encik S tahu sangat tahap saya dalam IT ni, lebih2 lagi masa projek IT yang saya kena buat untuk organisasi kamu.

"Baru buat ni, je?"

Masa bulan keempat praktikal dia cakap dengan aku masa aku tunjuk progress. Bertapa hangatnya masa tu. Aku dah beritahu awal2 sebelum aku mula praktikal,  aku bukan budak IT. Aku cuma belajar basic programming je. Jom kita imbas balik...

"Saya nak u buat satu sistem untuk organisasi ni."

"Tapi Encik S, saya bukan pelajar IT."

"Tapi u ada belajar programming kan?."

"Ada, cuma basic saja."

"Tak apa, we all ada buku yang u boleh guna untuk buat sistem tu. Macam mana? Boleh buat tak?"

"Kalau tak boleh macam mana, Encik S?"

"Kena buat juga."

Dah tu, janganlah tanya boleh buat ke tak. Maksudnya aku kena belajar balik dan belajar lagi pasal programming. Yelah, bukan HTML je aku kena guna. Mesti aku nak buat yang terbaik, sistem yang boleh guna, dan digunakan. Jadi aku kenalah godek2 Java Script, CSS, PHP, MySQL. Akhir sekali aku godek2 AJAX. Ni pun kembar aku cadangkan. Disebabkan sistem aku ni online, jadi tak ada masalah untuk guna AJAX. Bayangkan tiap bulan ada saja permintaan additional function. Jadi selama 7 bulan aku buat, aku dah 3 kali tukar interface, entah berapa function tambahan yang Encik S minta. Dan satu hari tu aku terlepas cakap dengan salah seorang staf lepas tunjuk progress;

"Macam mana ni, Encik T. Programming yang basic pun boleh sangkut, apa lagi yang advance punya."

Tak apalah. Dah terlepas cakap. Kurang2 dia tahu apa masalah aku. Atau aku yang bermasalah? Haaa... Masa tu bantuan aku cuma forum2 saja. Kawan2 aku yang aku kenal pun kebanyakannya tak tahu. Masa projek kumpulan, diorang lagi sanggup minta orang lain buat. 'Tak reti' macam mana nak teroka.

Dipendekkan cerita, sistem aku tu boleh guna. Tapi ada 2 function failed. Aku sendiri pun tak tahu sebab apa. Dah terjah forum sana sini. Tak ada penyelesaian. Hari terakhir aku ditanya sekali lagi pasal tawaran tu lepas kali terakhir diorang tanya aku minta masa seminggu. Dan jawapannya, ya. Sebab apa? Sebab aku nakkan pengalaman walaupun aku tahu kalau aku minta kerja dekat syarikat lain lepas tu, aku akan terikat dengan IT. Tak apalah, kerja sekarang tak boleh memilih.

Aku tahu yang diorang nak aku kerja dengan diorang untuk maintainkan sistem tu. Tapi aku buat2 tak tahu. Dan Miss G pun pernah pesan, jangan kerja dekat situ melainkan aku dah tak dapat mana2 tawaran. Sebelum ni pun ada budak praktikal kerja dekat situ semata2 untuk maintainkan sistem. Miss G dengan aku agak rapat. Jadi, aku rasa ada sebab dia tak bagi kerja dekat situ sebab dia dah 4 tahun kerja dekat sana. Lagipun ada beberapa benda yang kitorang kongsi, yang dia tak berapa puas hati dengan pengurusan organisasi tu. Dia sendiri pun dah malas nak bangkitkan pasal tu dengan pihak pengurusan lepas banyak kali bertangguh.

Aku cakap awal bulan 4 aku akan mula kerja. Dan sekarang nak dekat bulan 5, tapi masih tak ada apa-apa berita daripada diorang. Dan kakak aku pun cakap,

"Kalau diorang nak kau kerja dekat sana, mesti dah lama diorang telefon. Lagipun kau ada telefon diorang kan?"

Betul juga. Dah orang tak nak, aku pun tak nak terhegeh2. Daripada aku kerja dekat sana tengok orang pandai mengarah saja dan dengan bos cakap2 belakang. Jadi aku pun ambil keputusan diam saja. Banyak rancangan aku kena batalkan. Nak ambil takaful, nak mula simpan untuk konvo aku. Mak nak pergi Langkawi masa konvo aku. Yelah, takkan nak guna duit mak pula untuk konvo aku.

Sekarang aku mula balik lukis2. Aku tahu ini yang aku nak sebenarnya. Jadi sekarang aku buat kartun ringkas Arnab dan Kura2. Ada olahan sikit. Aku dah buat sebenarnya cerita ni tapi dalam bentuk aplikasi, storytelling. Untuk folio aku sendiri juga sebenarnya. Walaupun aku ada masalah lutut yang tak boleh aku bersila lama, sebab aku terlalu aktif dengan sukan dulu. Tapi ni bukan penghalang untuk aku untuk duduk melukis. Yeah!

Tapi ada sekali aku terkilan. Aku dapat email untuk latihan pencetakan dan reka bentuk buku dan majalah lebih kurang macam tulah dekat Pulau Pinang masa bulan 3. Tapi masa aku buka email tu, tarikh tutup respon adalah hari sebelumnya. Aduhh...

Tak apa. Mungkin bukan rezeki aku. Kawan aku pesan,

"Jangan pernah menyesal. Hidup ni bukan untuk dikesalkan. Kesilapan adalah satu pelajaran untuk kita ingat sampai bila2."

No comments: