Friday, May 14, 2010

permata untuk anak?

Seorang anak perlahan-lahan menggosok-gosok kain basah yang dilumuri sabun ke atas objek besi tersebut. Murung. Sayu. Tersedu-sedu tetapi tiada air mata yang mengalir. Hatinya yang deras dilimpahi kehujanan. Dalam ketekunan dia melakukan tugas yang dipertanggungjawabkan itu, dia memberontak dalam hati.

Kenapa perlu aku? Kenapa harus aku? Mereka yang di dalam duduk bersenang lenang, gelak ketawa tidak pula diarah? Sedangkan aku…. ‘krooouu….~’

Aduh, sudah jam berapa ni agaknya? Hari pun sudah gelap. Erm…sebentar lagi mungkin. Banyak lagi yang perlu dibuat ni. Herm, kenapa tak suruh mereka saja buat. Bukan ibu tak tahu apa status aku sekarang.

Dilihatnya saudara kandungnya memerhatikannya dari muka pintu. Tersengih-sengih seakan mengejek. Anak itu meneruskan tugasnya. Malas hendak melayan. Dan saudaranya itu menghilangkan dirinya. Dipandangnya ke dalam rumah sekali sekala. Bunyi pinggan berselisih, bunyi sudu yang membuat anak itu ngilu, bunyi air paip yang deras. Semacam meriah dengan gelak tawa dengan adik kecilnya. Sedang dia memerhati ke dalam rumah, keluar wajah ibunya dari satu ruang yang meriah kedengaran sebentar tadi seakan-akan mahu melihat keadaannya. Anak itu terus menoleh dan kembali menggosok. Dengan perasaan yang kosong.

Mereka sedang menjamu selera agaknya.

Hati anak itu kecewa dengan ibunya sendiri pada ketika itu. Dia tahu ibunya seorang ibu yang baik, seorang ibu yang terlalu baik. Tetapi mungkin kerana tidak mahu membantah,ibu diamkan sahaja. Pemikiran anak itu berlegar-legar dengan ajaran yang pernah dia terima di sekolahnya. Seorang isteri yang membantah kata-kata suami akan dianggap sebagai derhaka.

Mungkin ibu cuba menjadi seorang isteri yang baik. Aku berharap dapat jadi seperti ibu.

Tetapi anak itu tetap tidak selesa hatinya. Tenaga anak itu sudah berkurangan, dan hari semakin gelap. Menunggu satu waktu yang paling dinanti-nantikan. Semakin lama tugas tersebut dilakukan, semakin sayu hatinya. Seakan semakin tidak dapat menerima mengapa dia diperlakukan sebegitu. Setitis air telah jatuh ke pipinya. Cepat-cepat dia mengeringkan pipinya yang basah sedikit itu dan menoleh ke kiri dan ke kanan dengan perasaan khuatir seseorang mungkin nampak perlakuannya itu. Hanya anak itu seorang yang berada di situ. Hanya orang bermotor lalu lalang untuk pergi ke suatu tempat dengan memakai kain pelikat dan berketayap.

Dia mengeluh. Mengeluh bukan kerana penat. Mengeluh bukan kerana tidak mahu melakukan tugasnya. Mengeluh kerana keadaan dirinya.

Perlahan-lahan anak itu mencelupkan kain yang basah itu ke dalam air sabun. Terjengket-jengket cuba mencapai bahagian yang tinggi. Basah baju anak itu. Wajahnya juga basah. Anak itu cuba tahankan hatinya tetapi akhirnya terpaksa mengalah jua. Dengan langkah yang agak lemah anak itu melangkah ke kepala paip dan memutar kepala paip itu. Air keluar melimpah dari mulut paip dan anak itu menadahkan tangannya. Muka dibersihkan dan dibasahkan. Kononnya mahu menyamarkan wajahnya yang basah seketika tadi. Dia kembali meneruskan tugasnya. Terjengket-jengket. Terbongkok-bongkok.

Satu suara nyaring kedengaran. Waktu yang anak itu tunggu dari sesudah subuh tadi sudah pun tiba. Tetapi hatinya tidak melonjak kegembiraan. Tidak dituturnya kesyukuran. Waktu tersebutlah adalah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam status sepertinya, namun langsung anak itu tidak mempedulikan suara tersebut. Terus menggosok dan menggosok. Mungkinkah merajuk? Atau mungkinkah sudah tawar hati?

Suara ibu yang dikasihinya memanggil-manggil dari muka pintu. Mengajaknya masuk ke dalam rumah dan menjalankan kewajipannya.

Sedikit lagi mahu disiapkan,ibu. Jikalau sudah selesai saya akan masuk. Ibu jangan risau.

Ibunya memberi peringatan kepada anak itu lagi kerana hari sudah gelap dan semakin lewat. Anak itu membiarkan ibunya bercakap-cakap seorang diri. Bukan tidak mahu menuruti kata ibu, bukan hendak memberikan alasan, tetapi dia tidak mahu diketahui oleh ibunya keadaan dirinya. Mungkin wajah sungulnya yang dikhuatiri tidak dapat disembunyikan akan kelihatan jikalau dia melalui depan ibunya nanti dan pasti akan mengudang kerisauan.

Tiada lagi kelibat ibunya di muka pintu. Cepat-cepat dia menyudahkan tugasnya. Getah paip diambil dan terus memutar kepala paip dan anak itu mahu air keluar melimpah sederas yang mungkin. Bekerja dalam keadaan yang cepat namun masih lagi teliti. Kawasan lamannya habis dilimpahi dengan air dan berlopak. Tugasnya sudah selesai dan objek besi itu telah bersih. Dibesarkan langkahnya menuju ke dalam rumah.

Selipar basah ditanggalkan. Sebelah kaki sudah jejak ke lantai dan dimajukan sebelahnya lagi. Air dari baju dan seluar yang basah menitis ke lantai. Sudah hampir 15 minit dari waktu yang sepatutnya. Dia memarahi diri sendiri. Dia tahu adalah tidak elok sengaja melewat-lewatkan waktu tersebut. Wajahnya ditundukkan dan terus mengorak langkahnya menuju ke ruang yang meriah sebentar tadi. Saudara kandungnya leka melayani kegemarannya di kaca tv. Anak itu tidak risau apa yang perlu dimamah sebentar nanti kerana dia sudahpun menyimpannya sebelum melakukan tugasnya tadi. Tangan dicuci. Tanpa menyalin pakaian, dia sudah tidak sabar-sabar lagi dan terus ditariknya kerusi.Dibukanya penutup yang terletak di atas meja. Namun anak itu terkelu. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa yang disimpannya.

Penutup diletakkan kembali di atas meja. Anak itu beralih ke kotak besi yang besar dan sejuk. Kali ini mengharapkan penghilang dahaganya sedia ada. Kotak besi itu dibuka. Dan kelu anak itu berganda. Kecewa terhadap ibunya bertambah. Seperti tiada yang langsung peduli keadaan dirinya. Dalam keadaan lemah anak itu mencapai gelas dan air masak dituangkan. Doa dibaca dan air itu diteguk. Sekadar membasahkan tekak.

Berjalan menuju ke kamar dan terus mencapai tuala. Anak itu mahu membersihkan diri dan meratakan air wudhu’.

Selesai memberikan salam yang terakhir dan memohon kesejahteraan kedua ibu bapanya, anak itu melipat kain putih itu dengan rapi. Lalu direbahkan tubuhnya ke atas katil. Meratap keadaannya ketika itu. kejadian petang yang sungguh mengecewakan dirinya. Namun anak itu juga berkali-kali memohon maaf dari dalam hatinya kerana memarahi ibunya dalam diam. Perutnya kosong tetapi anak itu langsung seakan tidak mahu ambil tahu. Lalu anak itu tertidur tanpa mengusik makanan di atas meja walau secubit.

...........................

6 comments:

Frodo Baggins said...

>>____<<


Kita diuji sebab Allah sayang.
jgn pernah berhenti beri
harapan pada diri sendiri. :)

Isikan jiwa dgn ketenangan ...
Big Hugs


((oiitt, ni sape weh. komen wa dulu
lu delete ke? cisss!!))



>>____<<

ch0mbi wan ken0bi said...

haha...ini imaginasi smate2.
((oit...,ni wa r.mnade.mr.fr0do pujaan ati wa.[hahaha]wa x bsalah.chait~))

ch0mbi wan ken0bi said...

mr.fr0do komen r balik.wahaha...~~~

Frodo Baggins said...

chombi mana lu??
r u ok? ekekekekke
kedah kene tangkap alien ..
wooohaaaa !!

hope lu baik2 jer ..
Big Hugs

"tulislah walau sebaris ayat"

Frodo Baggins said...

>>___<<

ch0mbi wan ken0bi said...

hihihi...adeh~manyak bz ma...skg da kureng sket k'bz'an 2.insya-Allah...ley merepek2...yey~ =B