Wednesday, November 10, 2010

bukan senang

pada 1 petang yg permai, aku tengah syok me'landing'kan diri kat atas tilam empuk lagi enak, tiba2...
"...kuk...kuk...kuk..."
aku terus menyentap kepala dan berpaling ke arah pintu bilik aku, dengan harapan leher aku tak tergeliat. sakit d0wh kalo kena urut urat...aku menanti penuh harapan. siapakah gerangan yg mengetuk pintu tadi. dipegangan aku dah tersedia si Paprik yg aku pegang dengan erat dan kemas, bersedia untuk melakukan smash macam Lin Dan. aku mahukan si Spompop juga, tapi si Spompop aku sayang, tak mungkin aku buat macam si Paprik.
pintu pelan2 dibuka. jantungku berdebar2.
"...anakku, ibu minta kau menemaniku..."
"...kita mahu ke mana, bu...?"
"...adikmu, sudah bikin panas di persisiran pantai. bapakmu ada menerima perutusan dari panglima Awang. bapakmu sungguh tidak gumbira. ibu mahu ke sana. mari temankan ibu..."
"...baik, bu..."
aku telah berlakon dengan jayanya...menjadi seorang anak yang baik lagi berhemah. dalam kereta mak tak banyak bercakap macam selalu. dalam kepala otak aku ni berpusing, apa yang budak kecik tu dah buat? sampai di tempat kejadian, kelihatan 2 orang berpakaian pejabat di luar waktu pejabat. melambai2 kepada kami. aku konfius...melambai pergi @ melambai mari? mak terus pergi ke arah mereka. keadaan tegang. sangat2 tegang. lama lagi nak kendur. aku diam saja. biarkan mak saja yang membebel. bukan tak mahu ambil tahu, tapi tak mahu dibesar2kan di situ. bla...bla...bla...
habis. balik.
aku tahu. mak aku sangat kecewa. kecewa sebab kepercayaan dipijak2. tapi aku kagum dengan beliau. masih lagi mampu melahirkan kekecewaan. masih lagi mampu memandu. masih lagi bercakap dalam nada yang tenang. mak tak menangis sebab mak dah penat menangis. menangis tak ada guna, tak ada benda boleh selesai dengan menangis. aku kagum kerana aku tahu di dalam hatinya tu sangat2 kecewa. aku pun kecewa. tapi pasti mak aku kecewa lagi. kalau aku mahunya aku pijak2 je perut budak tu. tak ada toleransi dah. tapi hati mak n hati kakak lain... aku harap dapat jadi macam mak aku. sangat2 tabah dengan segala macam yang da jadi dekat beliau. tabik spring...!!!
sampai kat rumah, abah buat tak tahu. mungkin tak mahu ikut perasaan amarah tu. aku tahu macam mana keadaannya bila abah ikut perasaan. mak masuk bilik adik dan tutup. sesi kauseling dan brain wash akan berlansung. hari ni hari mak...esok lusa hari aku pulak. aku nak buat sesuatu yang thriller sikit.
--> tulis surat
--> dalam surat tu suruh dia cari sesuatu benda berharga yang aku sorokkan.
--> bila dia dapat cari, benda tu rantai basikal. kononnya surat berantai.
--> sama2 aku sertakan sesi kaunseling bertulis.
--> sama2 aku sertakan sekeping nota; do or die.
aku harap2 usaha aku berjaya. fight-oh...oh~

No comments: