Saturday, March 31, 2012

aku lebih suka yang itu

Kebelakangan ni aku kerap kali terfikir, macam mana rasanya bila diminati oleh dua gender. Kenapa ye aku tiba2 terfikir? Entah. Sebab ada pengalaman agaknya. Kenapa ye aku suarakan dekat sini? Entah. Mungkin sebab aku tak nak suarakan dekat kawan2 aku? ...mungkin aku tak ada keinginan nak suarakan dekat diorang.

Entah.

Kalau diminati oleh lelaki, itu perkara normal. Aku pun terfikir, kenapa aku diminati? Kalau aku cakap aku ni tak lawa, teruk sangatlah. Ciptaan Allah semua indah2, cantik2. Yang buruk2 tu cuma sikap & kelakuan. Aha, aku cukup paling tak suka bila dengar orang cakap "Dia bukan lawa/hensem pun." Adik manis, kamu kurang didikan agaknya. Ok. Aku cuma biasa2 je. Manis. (ecececehh...). Tapi biasanya diorang cakap... err...aku ni pelik. UHUK!

Kalau diminati oleh perempuan pulak? UHUK! UHUK! Mungkin aku yang perasan lebih agaknya. Tapi...tapi...tapi bila kau dipandang semacam dari jauh sampailah dekat...heheheh...(gelak untuk sedapkan hati). Kau pulak buat2 tak nampak. Lepas tu...lepas tu, bila kau toleh muka, dia pulak alih muka. Eh, eh budak ini. Main cak cak pulak. Karang ditangan2kan makin kecik nanti. Aku pun hairan. Kenapa? Kenapa? Aku pernah diberitahu yang aku ni sempoi, rilek je. Yang tu masa zaman sekolah dulu. Untuk zaman universiti pulak, aku diberitahu yang aku ni semantap Ciara. Geez... Aku harap satu hari nanti awek tu terima hidayah. Makin d'ipam-pam' pulak aku dengar sekarang.

Kadang2 rasa best pun ada. Jarang jadi situasi macam ni(kot). Sedangkan bila aku tanya kawan2 aku yang cun++ dari aku, tak pernah pulak jadi dekat diorang. Aku pulak bila nampak budak tu saja je bagi nampak aku. Mueheheh. Sunggoh jahat. Tapi budak tu sekarang dah tak mahu pandang aku. Dah kena sound dengan darling dia agaknya. Kenapa tak nak pandang aku? Pandanglah! Pandanglah!

Tapi, aku lebih suka dihormati. Dari siapa2 pun.

5 comments:

ewanthology said...

masalah klu cinta sejenis ni..klu just nak berkwan boleh je kot :-0


ps: mohon bantuan 'like' sesuatu boleh?

ch0mbi said...

delarocha
yep2...berkawan macam biasa lebih baik.

like ape tu?

Anonymous said...

klu kes mcm ni, brkawan pn klu bleh jgn kot...sbb...err~~ ordinary fren to bff? ko x rimas ke?? (~_~)"

Anonymous said...

dak tu nk ko jd adek/kakak hangkat dia kowt~~~ayoo00k

ch0mbi said...

c3keniT
wa tak rase gitu...yeww~